Ikhlas Dalam Memaafkan

on Saturday, December 24, 2011

Seringkali apabila kita melakukan kesalahan, kita dengan mudah akan meminta maaf.  Ungkapan maaf secara  automatik akan terkeluar dari bibir kita, taktala kita menyedari bahawa perbuatan atau perkataan kita menyakiti atau menyinggung hati dan perasaan orang lain. Budaya kita memang sudah diajarkan perkara sebegitu. meskipun kadangkala ungkapan maaf dilontarkan dengan berat hati, atau tak rela sepenuhnya, namun ucapan maaf yang diucapkan tetap mencerminkan perasaan penyesalan dalam diri seseorang itu.

Kalau dilihat dari segi lain,  ternyata memberi maaf bukanlah suatu perkara yang mudah. dengan pelbagai peristiwa yang benar-benar menyakitkan hati,  permintaan maaf seringkali tidak serta merta diiringi dengan perasaan rela memaafkan, sehingga ada yang mengatakan  'walaupun luka sudah sembuh, namun parutnya tetap ada'. Seringkali berlaku meskipun orang lain telah meminta maaf kita masih mengingat ingat kejadian sewaktu kita disakiti orang lain, lebih-lebih lagi jika kita merasakan ada kerugian yang timbul akibat kesalahan orang tersebut seolah olah ada rasa tidak puas hati bila orang yang melakukan kesalahan tersebut belum merasakan kerugian yang sama.

Meminta maaf memang bukan hal yang mudah. kita kadang kala tidak menyedari bahawa tindakan kita telah menyakiti orang lain. Di sisi lain pula meminta maaf juga sukar dilakukan kerana kita masih tetap mengungkit ungkit kesalahan orang lain. Ternyata tidak mudah menanamkan sikap ikhlas dalam diri untuk memaafkan orang lain.



Sebaik-baiknya hendaklah kita renungi firman  Allah s.w.t yang bermaksud:

“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22



0 comments:

Post a Comment