Tiga Golongan Manusia

on Friday, December 24, 2010

1. Golongan yang hidup untuk dunia

Dalam Al-Quran Allah swt telah menyebutkan tentang golongan ini iaitu dalam firman-Nya:

"Dan mereka mengatakan: "Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan." (Al-An'aam: 29)
Apabila manusia mengingkari  wujudnya hidup selepas kehidupan dunia ini, di mana  segala amal manusia akan dihisab, maka pada masa itu kehidupan dunia ini akan menjadi matlamatnya yang paling besar, menjadi kemuncak bagi segala ilmunya. Beliau hidup untuk dunia, beliau akan mengejarnya malah beliau akan karam dalam nafsu dan kelazatan dunia tanpa batas.

2. Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat

Golongan ini terdiri dari kebanyakan  manusia  yang akidah mereka sentiasa bergelora dan sesat dalam menjalani kehidupan dunia, sedangkan mereka menyangka mereka masih melakukan sesuatu yang baik. Sekali pun golongan ini beriman kepada Allah dan hari akhirat, namun  keyakinan dan akidah mereka hanyalah gambaran kulit sahaja yang  terpisah terus daripada realiti hidup mereka yang amali. hakikatnya golongan ini  berfahaman kebendaan walaupun pada lahirnya mereka melakukan ibadah-ibadah rohani.

3. Golongan yang menganggap  dunia sebagai ladang akhirat

 Mereka adalah orang mukmin yang sebenar. Mereka mengetahui hakikat hidup yang sebenar dan mengetahui harga dunia berbanding akhirat.Firman Allah swt yang mafhumnya:

" Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada main-main dan senda gurau sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya?" (Al-An'aam:32)

Kehidupan dunia ini tidak dapat melalaikan mereka dari matlamat yang sebenarnya iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah swt . Dunia ini adalah medan perlumbaan untuk melakukan ketaatan dan mencari keredhaan-Nya. 

Seri Manjung 2010
18 Muharram 1432H

0 comments:

Post a Comment