Assalamua,alaikum warahmatullah.
Apakah pandangan anda jika ketika anda sedang bersembahyang, tiba-tiba ada orang datang dan mengeluarkan perkataan yang keji sambil mencela dan mengata anda. Adakah anda akan membalasnya? Begitulah keadaan kita sepanjang siang bulan puasa seperti dalam keadaan bersembahyang. Janganlah sampai terputus ibadah sembahyang kita kerana lisan kita atau orang lain. Begitu juga dengan ibadah puasa.
Rasulullah telah berpesan: Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka tiada keperluan baginya meninggalkan makan dan minum kerana Allah". (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Dan sabdanya lagi yang bekmaksud:: " Puasa itu perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah berkata perkataan kotor atau sia-sia. jika ada orang yang menyerang atau mencela, maka katalah: Aku berpuasa, aku berpuasa" (Riwayat bukhari & Muslim).
Justeru itu bagaimanakah untuk mendapatkan kesempurnaan puasa? Berikut adalah beberapa panduan:
- Menahan diri daripada memandang perkara yang dicela dan dibenci Allah .setiap masa menyibukkan diri dengan mengingati Allah swt.
- Menjaga lidah daripada berbual kosong,berkata kasar atau bertengkar.sebaliknya menyibukkan diri dengan zikrullah dan membaca ai-Quran atau buku dan kitab.
- Memelihara pendengaran daripada perkara-perkara haram dan yang tidak mendatangkan faedah. Banyakkan hadir majlis ilmu.
- Memelihara anggota badan yang lain daripada melakukan dosa seperti memelihara tangan dan kaki daripada perkara yang dibenci allah dan memelihara perut daripada makanan yang haram dan syubhat ketika berbuka dan bersahur.
- Menyegerakan berbuka,tapi tidak makan terlalu banyak .manakala bersahur dilambatkan,setidaknya dengan meminum air.
- Mengurangkan tidur.'' Apabila bulan Ramadan tiba,beliau(Rasulullah) melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur), mengetatkan sarungnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah), serta mengajak ahli keluarganya berbuat seperti itu pula''[hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
- Membanyakkan bersedekah dan saling bertukar juadah/hadiah dengan sahabat,saudara-mara dan jiran.
- Memantapkan ilmu(figh) puasa.
Selamat menjalani ibadah puasa, Semoga penghayatan Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
Parizah Endut