AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh.
Seorang mukmim mestilah menjauhi dirinya daripada maksiat. memandang berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.
Untuk menjadikan iman jauh daripada pengaruh maksiat hendaklah seseorang mukmin itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ini kerana kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah dalam dirinya. oleh itu, hendaklah dia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.
Adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, ialah berkenaan dengan mata dan apa yang dilihatnya, telinga dan apa yang didengarinya, lidah dan apa yang diucapkannya, perut dan daripada sumber yang bagaimana dimasukkannya ke dalamnya, tangan dan apa yang dilakukan dengannya, kaki dan ke mana diarahkannya, kemaluan dan bagaimana dijaganya serta hati dan dosa-dosa yang dilakukannya.
Seri Manjung 2011